Selamat Datang ke Laman Planning GeoData Centre

Planning GeoData Centre adalah merupakan satu sistem aplikasi pengurusan data di atas talian yang mengendalikan permohonan data gunatanah dari pelbagai pihak mahupun individu. Seiring dengan fungsi JPBD sebagai custodian data gunatanah negara, aplikasi ini dibangunkan untuk meningkatkan sistem penyampaian Jabatan bagi memudahkan proses permohonan data gunatanah. Pengurusan permohonan data geospatial ini dikemaskini dalam pangkalan data jabatan yang dikenali sebagai Planning GeoData Centre (PGC). Pembangunan maklumat gunatanah negara juga membekalkan data-data dimensi spatial bagi pembangunan pembandaran, perindustrian, kemudahan dan kawasan pemuliharaan sumber asli alam sekitar bagi kegunaan agensi-agensi persekutuan, negeri dan tempatan.

Oleh itu, PGC mengumpulkan data-data spatial dari Kajian Rancangan Pemajuan yang terdiri dari data-data dari Kajian Rancangan Fizikal Negara (RFN), Rancangan Struktur Negeri (RSN) dan Rancangan Tempatan Daerah (RTD). Aplikasi permohonan data atas talian ini diharap dapat membantu Pihak JPBDSM bagi Pelaksanaan pengurusan dan penyenggaraan maklumat gunatanah. Oleh yang demikian, dengan kemudahan aplikasi ini, ia diharapkan dapat dimanfaatkan sepenuhnya bagi membantu Jabatan Perancangan Bandar dan Desa menambah nilai data gunatanah sediada yang secara tidak langsung dapat memandu perancangan dan pembangunan gunatanah negara.